Sunday, May 12, 2013
Wednesday, April 17, 2013
PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2013.
Alhamdulillah bertemu kembali sekali lagi di Pesta Buku Kuala Lumpur di PWTC. Datanglah beramai-ramai ke pesta buku dengan memiliki buku terbaru kami yang semmangnya terbaik untuk anda. Buku BICARA INI DEMI ILAHI yang mendapat sambutan luar biasa ini harus di baca dan di selami agar diri kita dekat kepadaNYA. Manaka buku 100 JEJAK PERIBADI RASULULLAH juga membuat kejutannya dengan tidak sampai beberapa hari di pasaran juga meledak dengan permintaan luar biasa. Syukur... syukur YA ALLAH... hanya DIA yang memberi rezeki juga membuka pintu hati para pembaca untuk membaca.
Thursday, April 4, 2013
BUKU BAKAL TERBIT!.. TUNGGU...
Alhamdulillah kebelakangan ini produk Karya Bestari telah mendapat sambutan luar biasa. Sememangnya ALLAH SWTtelah
menggerakkan hati manusia untuk menyelami ilmuNYA. Maka lahirlah
cetusan idea yang bernas dari penulis-penulis Karya Bestari. Untuk itu
nantikan buku bakal terbit yang pasti akan membuatkan anda berasa
bertuah memilikinya.
Tuesday, March 19, 2013
BAKAL TERBIT: BICARA INI DEMI ILAHI oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
BAKAL TERBIT! BAKAL TERBIT! BAKAL TERBIT!
Sentuhan santai dan kelainan dari Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Syukur alhamdulillah... Satu lagi buku yang bakal menjadi igauan penggemar ilmu akhirat. Cetusan idea yang bernas kisah dan tauladan yang patut di rasai dengan mata hati... BICARA INI DEMI ILAHI hanya yang terbaik dari KARYA BESTARI.
Sentuhan santai dan kelainan dari Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Syukur alhamdulillah... Satu lagi buku yang bakal menjadi igauan penggemar ilmu akhirat. Cetusan idea yang bernas kisah dan tauladan yang patut di rasai dengan mata hati... BICARA INI DEMI ILAHI hanya yang terbaik dari KARYA BESTARI.
ALLAH Maha Benar.
Firman-NYA benar dan janji-NYA juga benar.
Cuma ada kala, sebagai hamba kita terlupa
merenungi kalam-NYA, al-Quran. Ya, di situlah kita
mengenali diri, di situ jugalah kita kenal siapa DIA...
Seorang Muslim, langkahnya adalah perjuangan.
Fikirannya adalah tajam. Bicaranya adalah kebaikan.
Ya, bicara yang penuh berhemah.
Namun, ada yang kurang mengerti. Teguran disangka bisa.
Nasihat dikatakan tiada gunanya.
Maka biarkanlah diri ini berbicara
hanya demi DIA, Maha Pencipta.
Moga BICARA INI DEMI ILAHI mampu menjentik rasa
untuk kita membimbing diri, menjadi Mukmin sejati.
Mudah-mudahan hidup di dunia diberkati,
di akhirat pula Jannah menanti. Insya-ALLAH.
Firman-NYA benar dan janji-NYA juga benar.
Cuma ada kala, sebagai hamba kita terlupa
merenungi kalam-NYA, al-Quran. Ya, di situlah kita
mengenali diri, di situ jugalah kita kenal siapa DIA...
Seorang Muslim, langkahnya adalah perjuangan.
Fikirannya adalah tajam. Bicaranya adalah kebaikan.
Ya, bicara yang penuh berhemah.
Namun, ada yang kurang mengerti. Teguran disangka bisa.
Nasihat dikatakan tiada gunanya.
Maka biarkanlah diri ini berbicara
hanya demi DIA, Maha Pencipta.
Moga BICARA INI DEMI ILAHI mampu menjentik rasa
untuk kita membimbing diri, menjadi Mukmin sejati.
Mudah-mudahan hidup di dunia diberkati,
di akhirat pula Jannah menanti. Insya-ALLAH.
Antara Pengisian Menarik:
Izinkan Aku Berbicara
Bicara Ini Demi DIA
Bicara Ini Demi Umat
Bicara Ini Demi Nurani
Bicara Ini Demi Akhlak
Bicara Ini Demi Anak Kita
Bicara Ini Demi Hari Pengadilan
Andai Mampu Aku Bicara Lagi
Izinkan Aku Berbicara
Bicara Ini Demi DIA
Bicara Ini Demi Umat
Bicara Ini Demi Nurani
Bicara Ini Demi Akhlak
Bicara Ini Demi Anak Kita
Bicara Ini Demi Hari Pengadilan
Andai Mampu Aku Bicara Lagi
Maklumat lanjut sila hubungi 03-51013817/3818/3819/3820. Atau anda boleh membeli buku secara on line sedikit masa lagi... Hanya RM19.90 sahaja... Harus lawati www.mall.karangkraf.com
Wednesday, March 6, 2013
ALHAMDULILLAH KEJAYAAN DEMI KEJAYAAN SEMUANYA DATANG DARIPADA ALLAH SWT...
PRODUK KARYA BESTARI DAPAT SAMBUTAN
Selama 10 hari, telah berlangsung Ekspo Buku Islam 6 di kompleks Perbadanan Putrajaya bermula 22 Februari dan berakhir 3 Mac, baru-baru ini. Sepanjang ekspo berlangsung, buku-buku Karya Bestari antara yang mendapat sambutan positif pengunjung... Pembaca dilihat berpuas hati dengan pembelian melalui pakej jimat serta diskaun istimewa yang ditawarkan. Antara yang mencuri perhatian; pelancaran kad keahlian My Karangkraf, forum-forum yang dikendalikan para karyawan Karya Bestari dan sesi temu mesra bersama penulis-penulis buku BESTSELLER! Terima kasih kepada pengunjung yang sudi mendapatkan produk Karya Bestari sekali gus memeriahkan ekspo.
Barisan penulis Karya Bestari yang hadir pada hari terakhir pesta buku di Putrajaya.
Booth
semakin sesak dengan pengunjung, alhamdulillah. Jom ke Ekspo Buku Islam
6, Putrajaya! Kunjungi booth Grup Buku Karangkraf dan dapatkan diskaun
menarik sepanjang ekspo berlangsung! Baucar buku juga diterima! =)
Forum yang seronok di dengar. Pelbagai gaya penyampaian untuk setiap motivator menghujahkan hujahan. Selingan cerita ringkas yang tidak kering gusi mendengarnya.
Tuesday, February 12, 2013
JOM BERAMAI-RAMAI KE EKSPO BUKU ISLAM - 6 (PUTRAJAYA)
Temui kami lagi di EKSPO BUKU ISLAM 6 PUTRAJAYA, bertempat di:
Dewan Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya (Berhadapan Masjid Besi)
Dewan Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya (Berhadapan Masjid Besi)
Tarikh: 22 Feb-3Mac 2013
Masa: 9.00 pagi-7.00 malam
Temui kami di sana! :)
Temui kami di sana! :)
Monday, February 4, 2013
Tuesday, January 22, 2013
KARNIVAL BUKU KARANGKRAF KEMBALI LAGI 2013... Jom sama-sama memeriahkannya....
Jom para peminat Karya Bestari beramai-ramai datang ke perkarangan Kumpulan Karangkraf. Karnival buku yang sentiasa di tunggu-tunggu oleh mereka yang gemar membeli buku secara borong dan menikmati diskaun menarik yang diberikan. Selain daripada itu terdapat pelbagai aktiviti dan juga program yang menarik di adakan.
Kembali dengan lebih hebat dan panas... datanglah bersama keluarga tersayang agar ilmu dan buku dapat dikongsikan bersama. Mengilmukan amalan masyarakat dari nukilan jiwa islami kami membuka lembaran baru minda buat semua. Karnival buku kali ini akan diadakan pada 1,2 dan 3 Februari 2013. Bermula jam 9.00 sehingga 7 malam untuk hari jumaat dan ahad. Manakala pada hari sabtu pula kami panjangkan waktu 9.00 pagi sehingga 10.00 malam untuk pengunjung hadir di sebelah malam dengan pelbagai aktiviti forum. Pelbagai motivator terkenal dan artis turut serta. Jom sama-sama memeriahkan...
Pelbagai majalah buku agama, umum, resipi , novel dan banyak lagi genre yang boleh dimiliki dengan diskaun yang hebat. 100 penulis turun padang dengan pelbagai aktiviti dan juga sembang buku yang panas dan terhangat... Juga tidak ketinggalan 20 gerai menjual pelbagai barangan atau pameran auto... Di sebleh malam pula kami ada program yang sentiasa mendapat sambutan hangat iaitu program: BICARA CINTA ANAK MUDA dengan kerjasama Majalah I menampilkan penceramah tersohor.
Lokasi yang terhangat semestinya di Perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, No 1, Jalan renggam 15/5, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor. Kemudahan dengan tempat letak kereta yang luas, pelbagai juadan dan menu yang sedap serta ruang makan dan solat yang besar dan selesa. Apa tunggu lagi mari sama-sama sediakan masa anda bersama kami... editor, penulis dan grafik serta semua yang terlibat. "tak kenal maka tak cinta...".
Salam ceria dan jumpa nanti... :)
Thursday, December 13, 2012
SIRI SOAL JAWAB
SIRI SOAL JAWAB adalah himpunan kemusykilan yang sering dihadapi oleh masyarakat masa kini. Setiap persoalan dileraikan secara telus dan penyampaiannya dilakukan secara berhemah tetapi berlandaskan tuntutan-NYA. Khusus buat mereka yang tidak berkesempatan untuk bertanya secara berhadapan, kami membawa anda terus bersama `pakar’ dalam bidang masing-masing. Konsep soal jawab ini disampaikan secara lebih terbuka. Penerangannya mudah difahami dengan penggunaan bahasa yang jelas. Soalan-soalannya merangkumi aspek sosial, ekonomi, rumah tangga, hukum-hakam, keadilan serta 1001 lagi asam garam kehidupan. Moga matlamat siri ini dalam melahirkan masyarakat yang bebas dari belenggu masalah akan dapat dicapai melalui perkongsian ilmu ini.
BAKAL TERBIT!
Friday, December 7, 2012
Tuesday, December 4, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)





































